Malaysia nampkanya dah mula serius dengan teknologi kereta swapandu (self-driving cars). Kementerian Pengangkutan (MOT), MIROS, dan Futurise mereka sedang buat kertas kerja Pelan Hala Tuju Kenderaan Berautonomi (Autonomous AV Roadmap). Jadi, anda berpeluang untuk sumbang suara anda, manalah tau idea anda akan jadi sebahagian daripada rancangan itu.

Buat masa sekarang, masih belum ada apa-apa yang muktamad. Pihak berkuasa sedang perhalusi peraturan, standard keselamatan, dan hala tuju keseluruhan. Paling penting, mereka nak tahu yang adakah rakyat Malaysia cukup percaya untuk guna kenderaan berautonomi dan kesan kereta swapandu ke atas peluang pekerjaan, industri, dan penyelidikan.
Sektor pengangkutan awam juga mereka akan kaji untuk kenal pasti bagaimana kenderaan pandu sendiri boleh bawa orang ramai dari satu tempat ke tempat yang lain untuk kurangkan kesesakan, kemalangan, dan pencemaran alam sekitar.
Jadi, buat yang berminat, anda boleh sumbang saran dalam portal yang disediakan. Sebarang maklum balas boleh dimuat naik ke portal sebelum 30 Jun 2026 di pautan ini.
Sumber: MIROS

