Ada yang bertanya. Kenapa BMW M3 4 pintu dan bukan 2 pintu? Jawapannya bergantung pada generasi. Untuk info, BMW M3 daripada generasi pertama di akhir 1980-an sehingga kini, ia alami perubahan bentuk badan yang ketara. Ini saya nak kongsikan kenapa M3 kadang-kadang 2 pintu dan kadang-kadang 4 pintu.
Generasi Pertama (E30, akhir 1980-an): M3 Tiada Sedan 4 Pintu

Generasi pertama BMW M3 ialah E30. Pada masa itu, M3 hanya hadir dalam bentuk coupe 2 pintu dan convertible. Tidak ada langsung versi sedan 4 pintu untuk M3 generasi ini. Ini yang menyebabkan banyak orang beranggapan M3 “sememangnya kereta 2 pintu”.
Generasi Kedua (E36, 1990-an): Sedan 4 Pintu Dibawa Masuk

Generasi kedua, E36, menandakan perubahan penting: BMW mua keluarkan sedan 4 pintu untuk M3. E36 M3 hadir dalam tiga varian:
- Coupe 2 pintu
- Sedan 4 pintu
- Convertible
Ini adalah kali pertama M3 boleh dimiliki dalam bentuk sedan kegunaan keluarga.
Generasi Ketiga (E46, awal 2000-an): Kembali Kepada Coupe & Convertible

Pada generasi ketiga, E46 (awal 2000-an), BMW tidak lagi menawarkan sedan 4 pintu. M3 E46 hanya hadir dalam dua bentuk:
- Coupe
- Convertible
Maka, fanatik yang mencari M3 sedan pada masa itu perlu melihat ke generasi lain.
Generasi Ke-4 (E90/E92/E93, 2007–2013): Sedan Kembali dengan Enjin V8

Generasi keempat menyaksikan hadirnya semula sedan, dengan tiga kod model yang berbeza:
- E90 – sedan 4 pintu
- E92 – coupe 2 pintu (yang paling banyak di Malaysia sekarang)
- E93 – convertible
Yang penting: E92 adalah M3 BMW terakhir yang menggunakan enjin naturally aspirated, dan juga satu-satunya M3 yang menggunakan enjin V8 (4.0L V8 S65). Enjin ini sangat berkuasa dan menjadi kegemaran peminat M3 kerana bunyi dan karakter pemanduannya.
Selepas generasi ini, BMW beralih kepada enjin turbocharged.
Era Moden (F-Series, sekitar 2014): M2, M3, M4 Dipecahkan Dengan Nombor Ganjil & Genap

Sekitar 2014, BMW perkenalkan siri F dan pisahkan nombor model antara M2, M3, dan M4. Strategi ini mudahkan orang untuk kenal pasti bentuk badan:
- Nombor ganjil (3, 5, dll.) = sedan 4 pintu Contoh: M3 (4 pintu), M5 (4 pintu)
- Nombor genap (2, 4, 6, dll.) = coupe 2 pintu Contoh: M2 (2 pintu), M4 (2 pintu), M6 (2 pintu)
Sebelum siri F, M3 adalah model “flagship” dan tidak ada pemisahan M2/M4. Bermula daripada siri F, BMW secara rasmi pisahkan M4 (coupe) daripada M3 (sedan).
Generasi Sekarang (G-Series): M3 Sedan (G80), M3 Touring (G81), M4 Coupe (G82), M2 (G87)

Untuk M3 sekarang, BMW tawarkan dua varian utama:
- G80 – sedan 4 pintu
- G81 – sedan wagon (touring), lebih besar saiznya
Model berkaitan:
- M4 – G82 (coupe 2 pintu)
- M2 – G87 (coupe 2 pintu)
Walaupun semua berada dalam keluarga G-series yang serupa, proportion dan karakter kereta adalah berbeza:
- M2 dan M4 lebih sporty, bersifat coupe
- M3 G80 lebih kepada sedan keluarga prestasi tinggi
- M3 G81 touring lebih besar, sesuai untuk kegunaan kembara.

