KLIMS 2026 (Kuala Lumpur International Mobility Show) akan berlangsung pada 12 hingga 21 Jun 2026 ini di MITEC, Kuala Lumpur. Acara tahunan ini adalah antara yang dinantikan pemerhati industri automotif Malaysia. Banyak jenama akan pamerkan model kereta terbaru dan yang akan datang ke Malaysia untuk tatapan pengujung secara depan-depan.
Apa yang anda boleh jangkakan pada KLIMS 2026 ini?
KLIMS dianjurkan oleh Malaysia Automotive Association (MAA). Ia menghimpunkan pelbagai jenama kenderaan, pembekal alat ganti, dan pemain industri. Sebagai pengunjung, anda boleh jumpa semua ini bawah satu bumbung yang selesa. Boleh tatap, boleh networking, boleh sembang dengan orang-orang penting dalam landskap automotif negara.
Acara ini tak lagi tempat pamera kereta. Sebenarnya ia dah berubah jadi pameran merangkumi teknologi EV seperti pengecasan dan juga pengankutan elektrik seperti skuter dan microbility.
Fokus pada EV
Fokus KLIMS 2026 tentu sekali pada EV sebab banyak jenama kereta elektrik China akan mempamerkan produk masing-masing. Ia kena dengan masa iaitu sebulan sebelum polisi import EV CBU baru yang akan berkuat kuasa 1 Julai 2026, akan ada pengunjung yang gunakan KLIMS 2026 untuk window shopping cari EV yang bersesuaian dengan bajet sebelum harganya meroket naik.
Senarai jenama yang wajib anda usyar
Great Wall Motor (GWM)
GWM katanya akan pamerkan dua model yang masing-masing ada pilihan hibrid dan EV. Verisi hibrid akan ada enjin turbo 1.5L sementara varian EV ada jarak gerak 500km. Ura-ura juga dikatakan Haval Raptor, sebuah SUV plug-in hibrid akan buat kemunculan pertama.
Honda
Pastinya yang dinantikan ramai, coupe hibrid Prelude serba baharu. Ia gunakan sistem hibrid daripada Civic dalam badan yang lebih sporty dan konfigurasi prestasi tinggi. Walaupun hibrid, ia ada sistem yang boleh simulasikan pengalaman tukar gear seperti kereta manual.

Hyundai
Ioniq 6 N khabarnya akan memeriahkan reruai Hyundai di KLIMS 2026. Mereka adalah anak emas Hyundai berprestasi tinggi, dwi-motor elektrik yang keluarkan lebih 600hp. Kalau nak lebih praktikal, MPV Stargazer juga akan jamu mata orang yang nakkan sesuatu praktikal.

Jetour
G700 adalah SUV plug-in hibrid ala Land Rover Defender yang fokus pada pemanduan off-road. Disamping SUV lasak itu, Jetour T1 pula akan dilancarkan dalam varian 1.5L ataupun 2.0 turbo masing-masing ada konfigurasi FWD dan AWD.
Kia
Kia katanya akan peragakan semua model EV dalam penawaran mereka. Yang baru dan masih belum ada di Malaysia juga akan ada seperti EV4 sedan, EV5 SUV, dan PV5 van. Model ICE juga akan ada dalam bentuk K4 hatchback untuk petrolhead di luar sana.
Mazda
CX-5 2024 perlukan naik taraf. Jadi Mazda katanya akan umumkan CX-5 serba baharu di KLIMS 2026. Selain itu, vairan CX-60 baharu iaitu 3.3G AWD ada cakap-cakap akan dipamerkan. SUV segmen C atas ini ada enjin inline-6 3.3L mild hibrid untuk yang tak kisah kuota BUDI95 mereka habis dalam masa seminggu saja.

MG
MG juga bakal umumkan varian baharu ZS mereka. 2024 dulu mereka umumkan ZS EV, kali ini pengguna akan disajikan dengan varian Hybrid+ dan ICE turbo. Satu subjenama MG juga akan diumumkan iaitu IM dan model pertamanya adalah IM6 yang ada rekaan macam Tesla Model Y.

Nissan
Nissan dan e-Power berpisah tiada. Lagi model yang terima powertrain hibrid yang akan diperkenalkan adalah X-Trail e-Power dan e-4ORCE AWD. Macam anda sedia maklum, e-Power gunakan enjin petrol hanya untuk jana elektrik untuk bateri. Jadi anda boleh jangkakan dinamik pemanduan seakan EV.

Perodua
Perodua khabarnya akan pamer konsep Bezza baharu. Tak mustahil sebab konsep Bezza yang asal dipamerkan sewatu KLIMS 2010 tapi tiba dalam pasaran dalam 2016. Kalau ada Bezza baharu 2026, maknanya akan mula jual 2032? Oh ya, Ativa Hybrid juga dicanang-canang menghiasi reruai Perodua.

Proton
Proton akan umumkan X50 Sport Edition sebagai refresher kepada SUV popular Malaysia. Proton Saga Cross juga katanya akan di-hint-kan di pentas yang sama disamping Proton eMAS 7 varian baharu yang katanya ada jarak gerak lebih jauh.

Toyota
Toyota masih tak utuskan sebarang teaser untuk KLIMS 2026 setakat artikel ini ditulis. Tapi ramai berspekulasi yang Hilux EV adalah watak utama jenama itu di pameran berkenaan. Kalau tiada, Toyota pasti takda bahan lain selain pamerkan barisan model GR mereka.
TQ Wuling
TQ Wuling daripada EV kompak dah nak pergi ke segmen lebih besar. Huajing S SUV pertama mereka akan tampil tapi dalam versi plug-in hibrid hasil kerjasama mereka dengan SAIC-GM-Wuling dan Huawei.

Weststar Maxus
Lama Westar Maxus diamkan diri lepas lancarkan MPM elektrik. Kali ini mereka datang dengan trak pikap elektrik eTerron 9. Ia gabungkan ciri utiliti dengna prestasi tinggi EV, pastinya konfigurasi AWD untuk tawan off-road.
Xpeng
Xpeng is expected to showcase several models including the P7 sedan in left-hand drive form, alongside the locally assembled G6 and the updated X9. While the P7 may be a preview model, the focus is on expanding EV presence in Malaysia with both premium sedans and family-oriented SUVs and MPVs.
Zeekr
Zeekr tak kosong. Mereka bawa terus barang premium. Anda boleh datang tengok SUV mewah 9X dan 009 Grand. Prestasi pun sama mewah dengan kemasan kabin tahap bos. Model sedia ada yang dipamerkan adalah Zeekr X yang telah ditambah baik.

Pandu uji lebih 60 kenderaan
Tidaklah puas hati kalau tengok saja. KLIMS 2026 juga ada sediakan ruang pandu uji. Pengunjung boleh pandu uji lebih 60 kenderaan di perkarangan MITEC nanti. Jadi, jangan lupa perbaharui lesen memandu dan muat turun myJPJ dan log masuk siap-siap. Jangan sampai di kaunter nanti baru terkial-kial pula.
Harga tiket KLIMS 2026
KLIMS 2026 boleh dilawati percuma kalau anda lawati pada Isnin hingga Khamis. Untuk Jumaat hingga Ahad, berikut adalah harga tiketnya:
- Dewasa: RM30
- Warga emas: RM15
- OKU: RM15
- Pelajar: RM15
- Kanak-kanak <12: Percuma
- Kumpulan 5 orang: RM100
- Unlimited access: RM80

