Honda Prelude: Comeback lepas 25 tahun tapi hambar

Oleh:

KLIMS 2026 adalah pentas Honda umumkan harga rasmi model Prelude. Tanda harga yang Honda Prelude dapat adalah RM278,000. Bagi gergasi Jepun itu, ia adalah sejarah kerana legenda 25 tahun kembali. Namun, tinjauan ringkas di medsos didapati yang kehadiran Prelude tidaklah disambut dengan vibe positif daripada netizen.

Saya analisis ratusan komen di bebenang-bebenang media automotif terkemuka tanah air dan ini sentimen netizen terhadap Honda Prelude. Perlu diingatkan yang statistik ini jauh sekali daripada penyelidikan saintifik tapi ia cukup untuk berikan gambaran ringkas.

Sentimen netizen terhadap Honda Prelude di Malaysia

Sentimen Komen (Anggaran) Negatif (70%) Neutral (15%) Positif (15%)

Komen yang mendominasi perbualan di media sosial dalam kalangan netizen adalah harga Honda Prelude terlalu tinggi berbanding speisfikasi yang ditawarkan. Di bawah sudah dikategori komen-komen di ruangan maya ke dalam tema masing-masing.

Harga tak masuk akal

Komen ini paling banyak naik. RM278,000 untuk mesin 184hp mereka kata tak cukup sebab ia saing-saing Proton S70 yang harganya bawah RM90,000. Ada juga yang senaraikan beberapa alternatif yang lebih baik seperti Honda Civic Type R FL5, Toyota GR86, BMW 2 Series, malahan Tesla dan BYD pun katanya lebih berbaloi.

Powertrain tak cukup sporty

Selain harga, powertrain Prelude juga jadi bahan bualan. Enjin 2.0L e:HEV dengan e-CVT S+Shift dikatakan tak cukup berkuasa untuk dukung kewibawaan sebuah Prelude iiatu sebuah coupe sport. Sebilangan pengguna yang lihat enjin Prelude sebagai enjin Civic yang detuned untuk beri rasa premium dan S+ Shift bukanlah sesuatu yang inovatif tapi hanya party trick untuk bezakan Prelude dengan Civic RS.

Bangsa “Baik Beli…”

Bangsa ini ada dimana-mana. Daripada “Baik Beli Axia”, “Baik Beli Ativa Turbo” hinggalah “Baik Beli EV”. Kadang-kadang apa yang mereka katakan ada intinya juga. Honda Prelude nak bersaing dalam segmen kereta prestasi tinggi tapi tak cukup prestasi. Nak bersaing dengan segmen bawah, harga terlalu tinggi pula. Sudahnya, ia tidak itu, dan tidak juga ini.

Nostalgia vs. Realiti

Nama Prelude ada karismanya yang tersediri. Lebih 20 tahun tak bersua, tiba-tiba ia muncul kembali. Pastinya kaki JDM geng abah-abah ternanti-nanti sebab inilah masa mereka beli balik kenangan lalu yang dulunya hanya mampu beli dalam bentuk poster. Tapi bila dah lancar, ia cuma hadir dalam bentuk Civic coupe 2 pintu harga hampir RM300,000. Namanya kembali, tapi tidak semangatnya.

Honda Prelude tetap Honda

Sebilangan kecil golongan yang teruja dengan Prelude katakan ini bukanlah model massa. Pengguna setia memang akan dapatkannya sebagai collectible walau berapa harganya. Pada mereka, lencana dalah lebih penting daripada kuasa kuda per RM. Mereka turut tekankan yang harga sebenarnya jauh lebih rendah tetapi struktur cukai Malaysia yang jadikan harganya melonjak.

Apa nasib Honda Prelude Malaysia?

Honda Prelude jelas sekali adalah produk halo yang bukan ditujukan pada pengguna massa. Ia lebih kepada brand statement dan pengeluarnya tentunya tak letakkan sasaran tinggi. Jika itu strategi Honda, pastinya objektifnya adalah untuk beri aspirasi.

Layari laman rasmi Honda Prelude untuk maklumat lanjut.