Harga Perodua QV-E kini mampu milik. Bermula RM63,000 dan langganan bateri pun turun harga kepada RM215/bulan. Ini info lanjut promosi terhad.

Perodua QV-E turun harga, langganan bateri tak lagi wajib

Oleh:

Harga Perodua QV-E dah dikemas kini. EV pertama Perodua itu kini lebih mampu milik dan akhirnya pengguna ada pilihan untuk beli QV-E tanpa langgan bateri dalam bentuk Battery-as-a-Service (BAAS). Pengurangan harga ini diumumkan selepas beberapa bulan QV-E dilancarkan dan didapati yang penerimaan pengguna agak suram. Malah ada pertikaikan model BaaS yang jadikan kos keseluruhan pemilikan jadi tinggi.

Harga asal vs. harga baru Perodua QV-E

Untuk rujukan anda, sewaktu dilancarkan QV-E ditawarkan pada harga RM80,000 dengan langganan bulanan RM275/bulan. Ketika itu, tiada pilihan untuk beli tanpa langganan bateri yang bermakna pembeli wajib bayar RM275 kepada Perodua selagi ia ingin menggunakan QV-E kerana bateri adalah hak milik Perodua.

Kalau pengguna ambil loan 9 tahun, harga kereta dicampur dengan langganan bateri jadi lebih kurang RM109,700. Itu masih belum diambil kira bunga pinjaman sewa beli yang berbeza-beza mengikut pembeli. Bahagian inilah yang menerima kritikan sebilangan pengguna.

Harga baru Perodua QV-E dilihat lebih munasabah dan berikan akses kepada lebih ramai pembeli. Jika tak nak langgan bateri, harga baru QV-E adalah RM93,999 lantas letakkannya dalam persaingan sengit dengan Proton e.MAS 5 dengan e.MAS 7. Pilihan pembelian dengan BaaS masih disediakan dan harga baru untuk QV-E di bawah program ini adalah RM69,999 dengan langganan RM216/bulan untuk 9 tahun.

Jika dibandingkan kos keseluruan pemilikan dengan harga lama, pengguna boleh jangkakan lebih RM16,000 penijmatan harga baru dengan harga lama.

Untuk lebih tarik minat pengguna Malaysia dapatkan QV-E, Perodua langsungkan promo terhad sehingga 30 September 2026. Tawaran mereka seperti berikut:

  • QV-E tanpa langganan bateri: RM87,499
  • QV-E dengan langganan bateri: RM63,499 + RM215/bulan (9 tahun)

Berkenaan pembeli QV-E yang telahpun memiliki EV ini sebelum pengumuman harga baharu, Perodua akan adakan program refund ke atas langganan bateri mereka yang telah diturunkan harga daripada RM275 kepada RM215. Buat pengguna yang layak, pegawai Perodua akan menghubungi dalam masa terdekat.

Sumber: Perodua