Mazda CX-5 2026 serba baharu akan tiba di Malaysia tak lama lagi. Ia telahpun dipertontonkan di KLIMS 2026. Pembaharuan yang dibawakan Mazda adalah seperti powertrain baru dan beberapa perubahan fizikal lain. Sesi tempahan sudahpun dibuka tapi harga jualannya masih belum ada selain anggaran pada RM170,000.
Perkara baru tentang Mazda CX-5 2026
CX-5 2026 ini dah masuk generasi ketiga dan falsafah “Kodo Design” masih diterapkan. Saiz fizikal SUV ini lebih besar daripada sebelumnya. Panjang serta jarak gandarnya dah bertambah 115mm. Jadi pengguna boleh jangkakan ruang kabin yang lebih lapang dan praktikal untuk keluarga.
Tentang kabin, Mazda masukkan beberapa modenisasi. Ia kini ada skrin inforia 15.6” yang lebih besar serta kluster instrumen digital sepenuhnya. Sistem inforia itu dikuasakan Android Automotif dan ada macam-macam fungsi Google terbina di dalamnya.
Mungkin ada yang tak suka, tapi Mazda dah buang butang kawalan beroda di konsol tengah. Majoriti kawalan telah dipindahkan ke skrin besar menggunakan sentuhan.
Maklumat spesifikasi teknikal CX-5 2026 masih belum ada. Namun, spekulasi ada nyatakan ia akan diperkasa enjin petrol 2.5L e-Skyactive G, enjin hibrid ringan yang hasilkan 139hp dan 238Nm tork. Enjin tersebut dipadankan dengan kekotak transmission 6 kelajuan.
Harga Mazda CX-5 2026 Malaysia
Seperti dinyatakan tadi, harga anggarannya adalah RM170,000. Untuk rujukan, kali terakhir CX-5 diperbaharukan di Malaysia adalah tahun 2024. Ketika itu, harga jualannya adalah antara RM147,000 hingga RM191,000 dengan penawaran powertrain petrol ataupun diesel 2.0L dan 2.5L.
Mazda Malaysia juga umumkan yang CX-5 2024 akan terus dijual bersama-sama dengan varian 2026 yang akan datang bagi memenuhi permintaan pengguna yang perlukan sesuatu yang lebih mampu milik.

