Harga diesel bersubsidi untuk seluruh Malaysia akan turun kepada RM2.10/liter mulai Julai 2026. Ia diumumkan bersama-sama inisiatif BUDI Diesel oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, PMX Anwar Ibrahim sewaktu lawan ke Bintulu, Sarawak pada 21 Jun 2026.
Harga mingguan RON95 / RON97 / diesel Malaysia
Beli diesel guna MyKAD macam BUDI95
Selain penurunan harga, satu lagi info yang dikongsikan adalah untuk layakkan pembelian diesel pada harga subsidi, mekanisme yang sama seperti Budi Madani RON95 akan diguna pakai. Ia bermakna, pengguna perlu lakukan pengesahan identiti guna myKad ataupun beli menggunakan aplikasi dalam talian seperti Setel untuk lakukan pembelian.
Ia bermakna untuk penduduk Sabah dan Sarawak, harga subsidi untuk diesel akan hanya boleh dinikmati untuk yang ada myKad sahaja. Sebagai rujukan, sebelum ini semua penduduk di sana boleh dapatkan diesel pada harga subsidi.
Kuota BUDI Diesel
BUDI Diesel akan disekalikan dengan BUDI95. Penerima BUDI Diesel Individu sedia ada yang terima tunai bulanan RM400 akan digantikan dengan mekanisme baharu ini secara automatik. Sebagai percubaah, akses BUDI Diesel akan dibuka mulai 27 Jun 2026 kepada pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak di Semenanjung Malaysia.
Buat penggua yang layak, had asas sehingga 200 liter sebulan akan disediakan untuk dituntut. Menurut siaran media, kuota 200L adalah berkongsi dengan kuota BUDI95.
Kuota tambahan BUDI Diesel 100L untuk yang layak
Pemilik kenderaan diesel jenis pikal atau jip boleh memohon untuk pertambahan 100L ke atas kuota BUDI Diesel berdasarkan syarat-syarat tertentu. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau secara fizikal di LHDNM dan UTC.
Pemilik kenderaan diesel persendirian boleh semak kelayakan atau kuota mereka di portal rasmi BUDI MADANI di www.budimadani.gov.my mulai 22 Jun 2026.
Harga Diesel terendah sejak Jan 2021
Kali terakhir harga diesel dijual lebih rendah daripada RM2.10/liter adalah pada penghujung Januari 2021 dan penjualan pernah mencatatkan harga serendah RM1.40 sekitar April 2020. Buat masa ini, harga diesel di Semenanjung Malaysia adalah RM4.37 dan di Sabah/Sarawak, harga jualan adalah RM2.15/L.
Sumber: MOF

