Pusat 3S Jaecoo Omoda Selayang Carro Digital Sdn. Bhd.

Omoda | Jaecoo Selayang: Pusat 3S ke-36, kapasiti servis 624 unit/bulan

Oleh:

Omoda | Jaecoo Malaysia umum peluasan rangkaian pengedar dan servis selepas pembelian. Sebuah pusat pameran dan servis telah dibuka di Selayang, Selangor. Lokasi baru itu dikendalikan CARRO Digital Sdn. Bhd. dan merupakan pusat pameran jenama kereta itu ke-53 dan juga pusat servis yang ke-36.

Omoda | Jaecoo Carro 3S Centre Selayang ini dilengkapi dengan 6 petak servis yang katanya mempunyai kapasiti servis sehingga 624 kendaraan sebulan. Selain servis dan alat ganti, lokasi ini juga ada sediakan kemudahan pandu uji, nasihat kewangan, penilaian sewa-beli, bantuan insurans, dan sokongan selepas pembelian.

Untuk sebuah jenama China, bukan saja memiliki 36 pusat servis, malah ada sokongan hampir di seluruh Malaysia adalah sesuatu yang mengagumkan. Berikut adalah senarai pusat servis Omoda | Jaecoo.

LokasiOperator
Alor SetarIndah Utara Enterprise Sdn Bhd
AmpangSiang Hin (K.L) Sdn Bhd
BalakongAffinity Motor Sdn Bhd
Batu PahatPrestige Wheels Sdn Bhd
Bukit JalilApple Autotech Sdn Bhd
ButterworthIndah Utara Enterprise Sdn Bhd
CherasSiang Hin (K.L) Sdn Bhd
CyberjayaLuxury Legend Sdn Bhd
GlenmarieES Premium Holdings Sdn Bhd
Ipoh3S Manjung BH Premium
IpohBH Premium Auto (M) Sdn Bhd
Johor BahruAuto Galaksi Sdn Bhd
KepongKluster Automobile Sdn Bhd
KlangStratanet Sdn. Bhd.
KluangLi Koon Auto Sdn Bhd
Kota BharuFuture Otto Sdn. Bhd.
Kota DamansaraEng Lian Auto City Sdn Bhd
Kota KemuningVantage Jaecoo Auto Sdn Bhd
Kuala LumpurCARRAMAX PRESTIGE SDN. BHD.
Kuala SelangorSen Kuan Huat Motor (M) Sdn Bhd
KuantanM13 Auto Sdn Bhd
KuchingFotroende Automobile Sdn Bhd
KuchingGhee Hwa (Motorpol) Sdn Bhd
KulimKulim Topcars Sdn Bhd
MelakaAJ Premium Motors Sdn Bhd
MiriMP Advanced Automotive Sdn Bhd
Mount AustinAuto Galaksi Sdn Bhd
MuarAng Trading & Motor Credit Sdn Bhd
Old Klang RoadLuxury Legend Sdn Bhd
PerakCar-Lines Sports & Classics Sdn Bhd
Petaling JayaEvenergy Auto Sdn Bhd
Petaling JayaWeststar Technics Sdn Bhd
PlentongGagner Auto Sdn Bhd
PuchongIcon Jco (Puchong) Sdn Bhd
Puncak AlamAi Futuretech Sdn Bhd
RawangAbsolute Motor Sdn Bhd
SelayangCarro Digital Sdn Bhd
SenaiAnggerik Auto Sdn Bhd
SerembanTaycn Kredit Sdn Bhd
Setia AlamMJN Automart Sdn Bhd
Shah AlamEVO WHEELSTECH SDN. BHD.
SibuFasteams Autohaus Sdn Bhd
Sungai BesiAAW Nexus Sdn Bhd
Sungai PetaniIcon Jco (Sg. Petani) Sdn Bhd
Sungai PinangCarshen Sdn Bhd
SunwayTropical Impact Auto Sdn Bhd

Untuk rujukan, pusat 3S pertama Omoda Jaecoo dibuka di Glenmarie dalam bulan Jun 2024. Dengan angka 36 pusat 3S dalam bulan Julai 2026, ia bermakna purata pembukaan pusat 3S Omoda Jaecoo adalah lebih daripada satu lokasi sebulan.

Buat pengguna Malaysia yang sedang pertimbangkan Omoda ataupun Jaecoo, rangkaian pengedar dan servis yang luas pastikan akses mudah kepada penyelenggaraan, alat ganti dan sokongan jaminan.