Dunlop Malaysia umum satu kempen baharu, Go Beyond Assurance iaitu perlindungan tambahan untuk tayar kereta terpilih jika berlaku kecemasan di jalan raya. Go Beyond Assurance berikan perlindungan tayar sehingga 18 bulan ataupun 20,000km dan berikut adalah maklumat lanjut tentang promosi tempoh terhad Dunlop.
Perlindungan Go Beyond Assurance Dunlop Malaysia
Selain daripada jaminan standard, Go Beyond Assurance Dunlop turut berikan perlindungan jika tayar bocor terkena paku ataupun objek tajam. Tayar pecah akibat hentaman lubang jalan ataupun bejolan pada sidewall tayar juga dilindungi. Seandainya pengguna berdepan dengan mana-mana isu tersebut, mereka boleh terima tayar gantian model ataupun saiz yang sama ataupun jika tiada stok, bayaran balik diberikan berdasarkan penilaian Toyotsu Binter (Malaysia) Sdn. Bhd.

Terma & Syarat Go Beyond Assurance
Untuk menyertai program ini, syarat-syaratnya adalah seperti:
- Beli sekurang-kurangnya dua tayar Dunlop terpilih dalam satu resit.
- Pembelian daripada pengedar sah Dunlop di Malaysia.
- Lengkapkan pendaftaran e-Warranty dalam tempoh 7 hari selepas pembelian.
- Tayar digunakan untuk kenderaan persendirian.
Selain terma itu, ada juga pengecualian dikenakan seperti:
- Tayar haus atau lusuh akibat penggunaan biasa.
- Kerosakan akibat kemalangan, banjir, atau kebakaran.
- Tayar diguna untuk lumba atau off-road.
- Tayar dibaiki atau diubah suai sebelum pemeriksaan.
- Kerosakan akibat tekanan angin tak ikut spesifikasi.

Program ini tidak meliputi semua jenis kerosakan. Antara pengecualian termasuk:
- Haus dan lusuh biasa.
- Kerosakan akibat kemalangan, banjir atau kebakaran.
- Penggunaan untuk perlumbaan atau off-road.
- Tayar yang telah dibaiki atau diubah suai sebelum pemeriksaan.
- Kerosakan akibat penyelenggaraan yang tidak betul atau tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi.
Sekiranya berminat, berikut adalah senarai tayar yang layak terima perlindungan Go Beyond Assuarance:
- Dunlop Sport Maxx 060+
- Dunlop Sport Maxx 060
- Dunlop Sport Maxx Lux
- Dunlop SP Touring R1
- Dunlop Blue Response TG
- Dunlop Ensave EC300+
- Dunlop Ensave EC350+
- Dunlop Direzza DZ102
- Dunlop e.Sport Maxx
- Dunlop Grandtrek PT5
- Dunlop Grandtrek PT2A
- Dunlop Grandtrek PT3A
- Dunlop Grandtrek PT5A
- Dunlop Grandtrek AT5
- Dunlop Grandtrek AT20
- Dunlop Grandtrek AT22
- Dunlop Grandtrek AT23
- Dunlop Grandtrek AT25
- Dunlop Grandtrek AT30
- Dunlop Grandtrek AT30 Touring

Perkara Penting Sebelum Buat Tuntutan
Pemilik tayar perlu pastikan tebal bunga tayar sekurang-kurangnya 6mm sebelum buat tuntutan ataupun tidak lebih 20,000km penggunaan sejak tarikh pembelian dan kerosakan disahkan oleh pengedar sah Dunlop sebagai tidak boleh dibaiki.
Selain itu, kos seperti pemasangan tayar, wheel balancing, wheel alignment dan perkhidmatan towing tidak termasuk dalam perlindungan ini dan perlu ditanggung sendiri oleh pelanggan.
Bagi mereka yang sedang mempertimbangkan tayar Dunlop, Go Beyond Assurance tawarkan nilai tambah sebagai perlindungan terhadap kerosakan akibat bahaya jalan raya. Namun, seperti mana-mana program perlindungan lain, pastikan syarat kelayakan dipenuhi dan pendaftaran dibuat dalam tempoh yang ditetapkan supaya manfaat ini boleh digunakan apabila diperlukan.
Sumber: Dunlop Malaysia

