F1 GP Bahrain akan diadakan di Sepang, Malaysia

Oleh:

Formula 1 dan FIA dah sahkan yang Malaysia akan jadi hos kepada Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix (GP Bahrain) daripada 2 hingga 4 Oktober 2026. Aturan GP Bahrain ini unik kerana ia masih kekalkan nama perlumbaan yang asal cuma lokasi perlumbaan telah dipindahkan.

PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim kata yang ini bukan sekadar acara sukan tetapi satu cerminan perhubungan erat Malaysia dan Bahrain. CEO F1, Stefano Domenicali pula ingin mempamerkan yang kerjasama ini membuktikan F1 mampu untuk beradaptasi mengikut situasi.

Sumber

Kenapa F1 kembali ke Sepang?

Sebenarnya F1 perlukan lokasi gantian selepas GP Bahrain dan GP Arab Saudi terpaksa dibatalkan kerana konflik timur tengah. Makanya, nama Sepang dipetik dan pemerhati berspekulasi yang sebab penganjur F1 pilih Sepang kerana ia memang sudah sedia ada pensijilan FIA Grade 1. Selain itu, Sepang pernah mengehoskan 19 perlumbaan F1. Akhir sekali, lokasinya adalah strategik dalam kalendar GP Asia kerana ia selepas GP Azerbaijan dan sebelum GP Singapura.

Litar Antarabangsa Sepang dibuka dalam tahun 1999 dan adalah salah satu projek mega sewaktu pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Laluan litar ini direka oleh Hermann Tilke, seorang pelumba dan jurutera daripada Jerman. Dia terlibat dengan pembangunan banyak litar F1 seperti Bahrain International Circuit, Shanghai International Circuit, Marina Bay Street Circuit, Circuit of the Americas, dan Sochi Autodrom.

GP F1 pertama di Sepang dalam tahun 1999 terus sarat dengan drama.

GP Sepang ada sejarah manis untuk Ferrari dan Max Verstappen

Pada GP Sepang 1999, Michael Schumacher bermula di petak pertama dengan rakan sepasukan Eddie Irvine di petak kedua. Untuk GP Sepang, strategi Ferrari adalah untuk menangkan Eddie Irvine untuk peluang pasukan itu menangi Driver’s Championship dan Constructor’s Championship.

F1 GP Sepang 1999 (sumber)

Kejuaraan ketika itu adalah Eddie Irvine dahului Mika Hakkinen dengan 4 mata manakala Schumacher sekadar di tangga 5 dengan 38 mata. Oleh sebab itu, Schumacher ditugaskan untuk halang Mika Hakkinen daripada menangi GP Sepang. Strategi itu berjaya apabila Ferrari menang 1-2 dalam perlumbaan tersebut.

Namun, kegembiraan tak lama kerana FIA membatalkan kemenangan Ferrari disebabkan isu teknikal berkaitan papan penghadang di bawah kereta. Keputusan itu akhirnya kena u-turn selepas Ferrari mengemukakan bantahan.

Eddie Irvine bawa kelebihan 4 mata berbanding Mika Hakkinen ke GP Jepun iaitu perlumbaan terakhir untuk tahun 1999 namun gagal beroleh kejuaraan kerana sekadar habiskan perlumbaan di tempat ketiga sementara Mika Hakkinen.

Max Verstappen pun ada trivia menarik di litar Sepang. F1 2017 dilihat sebagai tahun bermulanya era Max Verstappen apabila tahun itu bermulanya dia memenangi lebih daripada 1 perlumbaan bermula dengan kemenangannya di GP Sepang 2017. Dia juga adalah pemenang terakhir GP Sepang sebelum F1 meninggalkan Malaysia.

Max Verstappen juara akhir F1 Sepang (sumber)

Litar Sepang dan cabaran keatas pemandu F1

GP Sepang memang terkenal dengan cuacanya yang tak menentu. Contohnya dalam edisi 2001, perlumbaan berlangsung dalam hujan sangat lebat sehinggakan pemandu veteran seperti Michael Schumacer dan Rubens Baricchello tergelincir di lokasi yang sama.

Edisi 2009 pula adalah perlumbaan F1 paling pelik dalam sejarah. Juga disebabkan hujan, perlumbaan dihentikan selepas 33 pusingan daripada 56. Disebabkan kurang daripada 75% perlumbaan berjalan, perlumbaan ditamatkan dengan pemandu diberikan separuh mata daripada biasa.

Kenapa F1 keluar dari Malaysia?

Dengan kemenangan Max Verstappen di GP Sepang 2017, F1 pun keluar daripada Malaysia. Berita ada memetik tentang kos penganjuran terlalu tinggi dan juga jualan tiket tidak berangsang menjadi faktor.

GP Sepang menerima tentangan hebat daripada GP Singapura yang dikatakan lebih meriah. Salah satu sebab adalah ia berlangsung pada malam hari yang lebih sejuk dan nyaman yang kemudian disulami dengan hiburan pesta. Kemudian, waktu siaran langsung juga sesuai ditonton oleh peminat di Eropah.

Ironinya F1 kembali ke Malaysia adalah bukan disebabkan oleh permintaan negara itu tetapi permintaan penganjur yang perlukan lokasi gantian. Malaysia nampaknya ada kuasa negotiation besar yang pastinya dimanfaatkan sepenuhnya. Misalnya, yuran penganjuran 300 juta yang boleh dimansuhkan.

Sebagai peminat F1, adakah anda berharap GP Sepang kembali secara kekal?

Sumber: F1