Proton Saga dan Perodua Bezza adalah dua sedan mampu milik terhangat di Malaysia. Orang suka model ini kerana kos servis yang rendah.Kami dapatkan info rasmi daripada Proton dan Perodua dan bandingkan kos 10,000km hingga 100,000km antara Proton Saga dan juga Perodua Bezza.
Secara ringkas, Proton Saga ada kos selenggara lebih murah berbanding Beza. Tapi anda kena baca lebih lanjut kerana ia tak bermakna kos servis Perodua Bezza adalah mahal.


Kos Servis Proton Saga vs. Perodua Bezza
Berdasarkan jadual servis 10,000km hingga 100,00km, Proton Saga ada kos keseluruhan RM3,329.91 manakala Perodua Bezza RM3,531.36. Perbezaan antara mereka adalah RM201.45. Untuk butiran lebih lanjut, jadual di bawah kami senaraikan kos-kos servis setiap 10,000km antara mereka.
| Kilometer | Saga | Bezza | Siapa murah? |
|---|---|---|---|
| 10,000 km | RM197.28 | RM177.40 | Bezza |
| 20,000 km | RM194.28 | RM224.92 | Saga |
| 30,000 km | RM194.28 | RM278.28 | Saga |
| 40,000 km | RM534.40 | RM660.10 | Saga |
| 50,000 km | RM239.64 | RM224.92 | Bezza |
| 60,000 km | RM636.26 | RM278.28 | Bezza |
| 70,000 km | RM239.64 | RM224.92 | Bezza |
| 80,000 km | RM614.85 | RM660.10 | Saga |
| 90,000 km | RM239.64 | RM278.28 | Saga |
| 100,000 km | RM239.64 | RM524.16 | Saga |
| Jumlah | RM3,329.91 | RM3,531.36 | Saga |
Daripada 10 sesi servis, Bezza catatkan kos lebih rendah sebanyak 4 daripada 10 manakala Saga 6 daripada 10. Beza paling besar adalah pada takat 60,000km apabila major service Bezza adalah RM278.28 manakala Saga RM636.26. Walau bagaimanapun, pada 100,000km, servis Saga lebih murah (RM239.64) berbanding Bezza (RM524.16).
Servis Proton Saga vs. Perodua Bezza: Apa yang berbeza?
Beza kos servis antara dua model kereta itu sebahagian besarnya adalah daripada jadual penukaran komponen yang ditetapkan pengeluar khususnya pada minyak enjin, dan consumable. Servis rutin seperti minyak, penapis, gasket memang ada tapi jadualnya tak sama.
Bezza buat penukaran minyak ATF, Saga tidak
Satu beza terbesar kos servis adalah pada minyak auto (ATF). Bezza jadualkan penukaran ATF D3 SP sebanyak 3L pada takat 40,000km dan 80,000 bersama-sama dengan gasket drain-plug. Saga pula tiada sebarang penukaran ATF sehingga 100,000km. Ia menjelaskan kenapa harga servis Bezza lebih randah.
Saga ganti spark plug lebih kerap berbanding Bezza
Kalau Bezza tukar minyak ATF sebanyak 2 kali dalam tempoh 100,000km, Proton pula tukar spark plug sebanyak 3 kali dalam tempoh yang sama iaitu 40,000km, 60,000km, dan 80,000km. Sebagai perbandingan, Bezza hanya tukar pada 100,000km sahaja. Jadi pada 100,000km pemilik Bezza berdepan dengan dua komponen major yang diselenggara.
Saga tukar minyak brek lebih kerap berbanding Bezza
Sama seperti tukar spark plug, Saga juga ganti minyak brake pada jarak perbatuan yang sama dengan tukar spark plug. Pada Bezza pula, penukaran minyak brek dilakukan sebanyak dua kali iaitu 40,000km dan 80,000km.
Pada 60,000km, pemilik Saga belanja servis paling mahal sebab bukan saja mereka tuakr spark plug, cecair penyejuk (coolant) juga disalin sedangkan Bezza hanya lakukannya pada 100,000km.
Saga tukar air filter lebih kerap
Satu lagi benda menarik tentang servis Saga adalah pusat servis akan tukar penapis udara dalam kabin setiap 10,000km. Jadi, setiap kali buat servis, anda dapat kabin filter baru. Bezza pula gunakan pendekatan langkau iaitu pada 30, 60, 90 ribu kilometer.
Satu bahagian yang Bezza jimat adalah minyak enjin. Bezza guna 3.5L 0W-20 setiap kali servis kelcuali pada 60,000km apabila ia perlukan 4L sementara Saga genapkan terus 4L pada setiap kali servis.
Saga vs. Bezza: Kos servis mana lebih murah?
Kalau ikut angka atas kertas, memang Proton Saga MC3 lebih murah berbanding Beza. Tapi bezanya cuma RM201.45 merentasi 100,000km. Jadi bezanya tidaklah ketara. Apa yang diperhatikan adalah Saga tukar spark plug, minyak brek, dan penapis udara dengan lebih kerap manakala Bezza tukar ATF dan sekali tukar spark plug pada 100,000km.

