Mods paling berani BMW M3 Competition siap carbon fiber bodykit

Oleh:

Sebelum ni, BMW M3 Competition aku ada undergo beberapa mod kosmetik macam grill depan, side skirt, diffuser belakang, dan GT wing. Kali ini aku amanahkan Sofie untuk jalankan modifikasi seterusnya. Kali ni aku dapatkan beberapa barang carbon fibre iaitu bonet depan daripada CMST dengan fender. Last sekali, aku juga nak pasang lampu dengan tail light ala-ala CSL.

Macam biasa, Sofie jadi mangsa untuk tunggu pemasangan di Alpha Carbons. Aku macam tak percaya yang ini kereta aku bila semua dah pasang. Rasanya kalau itu bukan kereta aku pun, aku akan teleng sampai bengkok kepala.

Bonet depan paling cun. Ada air vent macam E46 GTR. Lepas tu, belah dalam ada carbon fibernya exposed bagi nampak premium. Fitting pun kemas kalau banding dengan Mercedes aku yang dulu.

Selesai dengan Alfa Carbon, kereta BMW M3 Competition ni nak gerak ke modifikasi seterusnya dekat Kacey Legasi. Aku nak tukar warna badannya sebab terlalu banyak carbon fiber tededah jadikan dia nampak aggresif. Aku rasa perlu sorok sikit.

Mod warna ni lama sikit ambil masa. 7 hari jugalah masa ambil. Tapi finishin dia memang puas hati, tak nampak macam wrap sangat. Warna yang aku pilih adalah satin green sebab aku tak pernah ada kereta warna hijau. Sebahagian besar carbon fiber dah ada disebalik wrap tapi benda-benda penting macam vent tu aku tak balut, sayangla benda carbon fiber tak tunjuk.

Ok itu saja untuk laporan kali ini. Stay tuned untuk laporan seterusnya.