Orang Malaysia gelak, tapi mereka terlepas info penting Brabus Bodo

Nama ‘BODO’ Jadi Bahan Lawak, Ramai Tak Perasan Info Brabus 1000hp Ini

Oleh:

Brabus “memasak” sesuatu yang baharu diluar norma mereka. Brabus Bodo kereta GT edisi sangat terhad mereka umumkan untuk kenang pengasas mereka Bodo Buschmann. Lebih kurang macam nak penuhi wasiat mendiang pengasasnya. Ramai orang Malaysia pelik dengan namanya sebab dalam bahasa tempatan. bunyinya negartif. Tapi yang lebih pelik anda kena tengok kerangka Bodo ini sendiri dulu.

Brabus hampir eksklusif hasilkan kereta menggunakan apa yang Mercedes-Benz dah ada. Dalam keluarga Merc, ada sahaja calon macam AMG GT dan SL yang boleh mereka guna. Tapi bodo ni tak guna produk Jerman sebagai asas, sebaliknya sebuah produk daripada British, Aston Martin Vanquish.

Tiada penjelasan rasmi Brabus. Tapi bolehlah kita spekulasi. Mungkin Brabus nak langkah keluar daripada norma “Oh, satu lagi Mercedes yang dibikin”. Sebaliknya kalau guna Vanquish, kereta ini memang ada rekaan grand tourer klasik khususnya bonet depan panjang. Ia lebih pamerkan kemewahan British berbanding agresif Jerman.

Nak lagi mewah dan ekslusif, Brabus hanya hasilkan 77 unit saja, lambang kepada tahun penubuhan Brabus 1977.

Buat anda yang dahaga info specs, Brabus Bodo ada enjin hasilan tangan. Kapasitinya 5.2L twin-turbo V12. Outputnya setinggi 1,000hp dan 1,2000Nm. Pegun ke 100km/j dalam masa 3.0 saat sahaja dengan top speed 360km/j.

Badan Brabus Bodo hampir semuanya dibuat daripada carbon fibre. Lain-lain ciri menarik adalah seperti spoiler aktif untuk ubah aerodunamic. Kemudian dalam kabin ada ciri unik Brabus seperti kemasan kulit hitam Nubuck.

Harganya, tak perlulah diceritakan.

Sumber: Brabus