Ferrari akhirnya sertai kelab EV dengan pengumuman Ferrari Luce. EV Ferrari pertama ini tidaklah nak ikut resam Tesla tapi lebih kepada Ferrari yang terima sentuhan Apple. Ya, individu yang pernah bertanggung jawab ke atas rekaan iPhone kini terlibat juga dengan Luce.
Dah nama Ferrari, prestasinya tak perlu dipertikai. Pada setiap tayar Ferrari Luce ada motor elektrik yang keluarkan kira-kira 1,000hp secara kolektif. Pecut daripada pegun ke 100 km/j dalam masa 2.5 saat saja dengan top speed hampir 310 km/j. Luce ada jarak gerak anggaran 500km dan kuasanya dibekalkan bateri 122kWh.

Berbalik kepada pereka iPhone tadi. Jony Ive yang keluar Apple dalam tahun 2019, telah tubuhkan syarikat kreatifnya sendiri iaitu LoveFrom. Jadi kalau anda perasan Luce ini penuh dengan bucu melengkung seperti iPhone. Nampak macam jauh lari daripada rekaan agresif Ferrari sebelum ini. Nampak Ferrari nak tujukan Luce bukan saja pada pencinta automotif malah kepada golongan-golongan tech-enthusiast juga.

Belah dalam Luce ada campuran seimbang antara input butang fizikal dan secara sentuhan di skrin. Ikut gambar yang Ferrari kongsi, ada suis, butang, dan dials di tempat-tempat penting. Malahan di stereng pun penuh butang kawalan, tak macam majoriti EV dalam pasaran yang beri tumpuan kepada minimalistik. Antara sentuhan halus adalah seperti butang fizikal untuk mulakan “enjin” dan juga butang nak aktifkan “launch control” yang boleh ditarik.

Sama juga untuk pengalaman memandu. Ferrari cuba untuk tiru pengalaman memandu kereta petrol sehabis baik. Contohnya, ada sistem kawalan tork dan regenerative braking menerusi paddle shifter yang boleh simulasikan engine braking.
Makanya, Luce adalah idea Ferrari yang jadikan EV tetap engaging untuk dipandu berbanding EV mainstream yang ramai orang katakan seperti sebuah smartphone dengan roda.
Sumber: Ferrari

