Kementerian Kewangan (MoF) telah keluarkan amaran keras terhadap sebarang penggunaa MyKad orang lain untuk mendapatkan BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Dalam satu siaran media bertarikh 29 Mei 2026, mereka ketakan yang ada aduan daripada pengguna tentang penggunaan MyKad tanpa kebenaran untuk beli subsidi BUDI95.
Oleh sebab itu, MoF pun ingatkan orang ramai yang memiliki MyKad orang lain tanpa kebenaran adalah kesalahan di bawah Peraturan Pendaftaran Negara 1990. Sekiranya didapati bersalah, hukuman yang boleh dijatuhkan adalah denda sehingga RM20,000 dan/atau penjara sehingga 3 tahun.
Operator stesen minyak diminta perketat pengesahan MyKad BUDI95
Berkaitan aduan yang telah MoF terima, pihak kementerian telah seru pengendali stesen minyak untuk ketatkan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) BUDI95. Setiap transaksi BUDI95 perlu jalani pengesahan fizikal MyKad. Sebarang transaksi manual tanpa pengesahan terlebih dahulu adalah dilarang kerana ia mungkin menjurus kepada salah guna subsidi dan jejaskan integriti program.
Operator stesen minyak juga telah diminta MoF untuk siasat transaksi yang dipercayai melanggar SOP dan seterusnya ambil tindakan sewajarnya Pihak MoF sendiri telah dikatakan sedang memantau secara dalaman untuk pastikan semua garis panduan dipatuhi.
Rakyat diminta semak kuota BUDI95 kesan transaksi tak sah
Penerima subsidi BUDI95 juga boleh memeriksa kalau ada transaksi meragukan ke atas kuota mereka. Portal yang boleh dilawati adalah www.budi95.gov.my dan kalau ada sebarang aduan, ia boleh disualurkan ke Pusat Panggilan BUDI MADANI (BMCC) menerusi Hotline 1300-88-9595, WhatsApp +60326314594, ataupun emel ke [email protected].
Dokumen yang perlu disediakan untuk lengkapkan aduan adalah seperti:
- Laporan polis yang ada maklumat tarikh, masa, dan stesen minyak yang terlibat.
- Salinan Kad Pengenalan.
- Transaksi yang ingin diadukan.
Jangan kongsi maklumat MyKad
Penerima BUDI95 diminta untuk tidak berkongsi maklumat MyKad dengan mana-mana pihak ketiga. Sebenarnya, anda boleh periksa sendiri transaksi BUDI95 di portal rasmi dengan melog masuk menggunakan MyDigital ID.

