Pembentangan WWDC 2026 daripada Apple berdurasi lebih sejam. Satu bahagian yang pastinya akan tarik minat pengguna jalan raya adalah naik taraf Apple Maps. Apple umumkan yang mereka naik taraf Flyover untuk bawakan kualiti render 3D yang lebih baik untuk anda layan.
Seperti biasa, Apple tidak dedahkan teknologi apa yang mereka gunakan. Pemerhati industri berspekulasi yang Gaussian Splatting adalah teknik yang jadi tunjang kepada pembaharuan ini kerana manfaat-manfaat yang akan saya ceritakan kemudian. Teknik yang sama juga mungkin digunakan untuk Spatial Photos dan Personas pada Apple Vision Pro.
Sebagai rujukan, Google Maps masih belum gunakan Gaussian Splatting secara rasmi pada aplikasi navigasi mereka.

Perkara baru di Apple Maps Flyover
Kalau di Google Maps, kita ada Streeview. Di Apple Maps kita ada Flyover, ciri yang bolehkan pengguna lihat secara terperinci mercu serta kawasan sekitarnya dalam bentuk 3D. Untuk hasilkan kandungan 3D tersebut, cara konvsensional adalah photogrammetry iaitu teknik yang libatkan gambar tangkapan pesawat atau dron yang diproses jadi aset 3D.
Kekangan yang dihadapi photogrammetry ia perlukan kuasa komputer tinggi untuk proses. Sebab itulah Flyover di Apple Maps resolusinya rendah. Pada WWDC kali ini, Apple katakan yang kualiti gambar adalah nyata lebih baik. Ia pastinya kurangkan risiko anda sesat kerana dah ada visual bantuan yang berkualiti tinggi.

Kelebihan Gaussian Splatting
Teknik Gaussian Splatting untuk render imej 3D adalah teknik lama yang terima nafas baharu dengan adanya Neural Processor. Ia mampu hasilkan aset 3D dengan pencahayaan dan pantulan lebih baik berbanding cara konvensional. Lebih baik, it lakukannya dengan pantas dan tak makan banyak kuasa pemprosesan komputer. Ia sangat sesuai untuk kegunaan pemetaan, AR, atau VR yang tak perlukan pengguna memanipulasi aset 3D secara langsung.
Teknik konvensional untuk render imej 3D walaupun perlahan dan makan banyak kuasa komputer, kegunaannya adalah lebih kepada backend iaitu pembangun kandungan yang perlu sunting aset 3D seperti ubah bentuk, buang polygon, dan lain-lain.
Apple Maps baharu di iOS 27
Apple Maps yang dinaik taraf akan tiba dengan iOS 27. Sewaktu pembentengan WWDC 2026, mereka umumkan yang ujian beta akan bermula seawal Julai 2026 untuk berikan poweruser gunakan dan beri maklum balas.
Untuk pengguna biasa yang lain, pelancaran rasmi iOS 27 adalah dalam bulan September 2026, berkemungkinan besar akan dipasang terus di dalam iPhone 18 yang pelancarannya dijangkakan dalam bulan yang sama.

