Proton e.MAS kini sedang anjurkan pertandingan e.MAS Impianku. Mereka kini sedang menerima reka cipta model e.MAS yang dibayangkan pengguna. Ia berlangsung sehingga 30 November 2026 ini dan pemenang bakal terima hadiah menarik.
Cara sertai pertandingan e.MAS Impianku
Proton e.MAS dah sediakan sampel prompt AI yang boleh digunakan kalau anda tiada idea. Ia boleh didapati di mikrosite mereka. Gunakan prompt itu sebagai asas dan ubah gaya, interior, dan warna kereta mengikut kekreatifan peserta. Sebarang model AI boleh digunakan sama ada ChatGPT, Grok, Midjourney, DALL·E, Firefly, Gemini, atau Leonardo.

Ini cara untuk hantar penyertaan:
- Lawat mikrosite e.MAS Impianku
- Pilih kategori, sama ada Open Category ataupun University Category.
- Muat naik hasil janaan AI dan isi borang disediakan.
Antara butiran penting apabila menjana adalah kereta mesti dipamerkan dalam sudut 45 darjah dihadapan latar libo-grey. Menurut laman rasmi, ada dua kotegori penyertaan dibuka iaitu Open dan University. Kategori terbuka boleh disertai individu berusia lebih 18 tahun sementara kategori pelajar universiti untuk individu 18 tahu ke atas, dan menuntut di institusi pengajian tinggi Malaysia.

Hadiah apa yang menanti pemenang e.MAS Impianku?
Hadiah yang ditawarkan adalah mengikut kategori. Tiga pemenang hadiah utama akan terima model cetakan 3D rekaan masing-masing yang bersaiz 10”. Kemudian, ada juga hadiah sagu hati sebanyak 5 slot iaitu cetakan 3D bersaiz 5”, lebih kecil berbanding hadiah utama.
Pemenang kategori universiti pula ada hadiah wang tunai untuk disambar. Pemenang hadiah utama, kedua, dan ketiga masing-masing akan terima RM1,000, RM600, dan RM400 tetapi pengadilannya dibuat oleh panel dalam Proton.
Kalau berminat untuk sertai, hantar karya anda selewat-lewatnya 30 November 2026, 11:59 malam.
Sumber: Proton

