BYD Atto 3 Malaysia, Ultra vs. Premium, harga bermula RM125,800

Oleh:

BYD Atto 3 di Malaysia kini dah ada versi facelift, seperti yang diumumkan Sime Motors. Kalau nak banding dengan yang lama, model baharu ini ia ada penggayaan lebih segar, prestasi lebih baik, dan pengecasan lebih pantas. Buat yang berminat, ada dua varian boleh dipilih:

  • BYD Atto 3 Ultra – RM125,800
  • BYD Atto 3 Premium – RM138,800
BYD Atto 3 Malaysia, Ultra vs. Premium harga bermula RM125,800

EV ini dilindungi jaminan selama 6 tahum/150,000km untuk badan serta 8 tahun/160,000km untuk sistem motor dan bateri berkuasa tinggi. Promo-promo pembelian awal juga ada seperti kemudahan tukar beli, wallbox, servis percuma.

BYD Atto 3 Malaysia, Ultra vs. Premium harga bermula RM125,800

Beza BYD Atto 3 Ultra & BYD Atto 3 Premium

FWD vs RWD BYD Atto 3

Daripada luar, beza minimum boleh dilihat tapi di dalam, memang lain benar. Mula dengan Atto 3 Ultra, ia mirip kepada penawaran sedia ada iaitu EV pacuan roda depan yang ada 201hp dan 310Nm tork. Pecutan ke 100km/j dalam masa 7.3s berbekalkan bateri 60.48kWh. Jarak gerak diiklankan sebagai 420km (WLTP). Yang ditambah baik adalah pengeecasan yang naik kepada 110kW daripada 88kW.

Yang pengguna berminat pastinya Atto 3 Premium. Ini adalah varian pacuan roda belakang (RWD) dengan sistem EV 800V. Output motornya adalah setinggi 308hp dengan 380Nm tork yang mampu lengkapkan pecutan abad dalam masa 5.5 saat saja. Bateri juga lebih besar pada 74.88kWh dengan jarak gerak 510km (WLTP).

Lagi yang menarik dengan Atto 3 Premium adalah sistem pengecasan padanya. Ia boleh sedut kuasa DC sehingga 220kW yang katanya perlukan cuma 25 minit kalau nak isi daripada 10 ke 80 peratus. Input AC juga lebih tinggi, pada 11kW berbanding 7kW pada varian lebih murah.

BYD Atto 3 Malaysia, Ultra vs. Premium harga bermula RM125,800

Kabin BYD Atto 3

Info tak menarik tentang BYD Atto 3 baharu adalah skrin inforia model kali ini dah tak boleh pusing daripada melintang kepada menegak. Tapi saiznya kekal pada 15.6”. Lain-lain kemas kini yang boleh anda temui adalah seperti rekaan bumper baharu, lampu belakang macam BYD Dolphin, stereng baru, dan butang pemilihan mode memandu di kolum stereng yang buatkan konsol tengah nampak kemas.

Varian premium ada kelebihan sebab ada frunk seluas 101L yang tiada pada varian Ultra. Daripada segi keselamatan, premium ada kelebihan seperti suspension lebih canggih serta sistem keselamatan tamabahan seperti front cross traffic alert dan traffic sign recognition. Beg udara pun bilangannya lebih banyak di Premium berbanding di Ultra.

BYD Atto 3 EV mampu milik

BYD Atto 3 adalah antara EV bawah RM200,000 terawal yang masuk Malaysia. Pastinya Sime Motor nak kekalkan momentum itu. Boleh nampak yang Ultra diposisikan untuk pengguna bajet ketat dan Premium untuk yang tak kisah bayar lebih untuk prestasi lebih baik.

Sumber: BYD Malaysia