PROTON telah namakan Grand Motor Sdn. Bhd. sebagai pengedar Proton e.MAS di Brunei Darussalam. Pelantikan itu bermakkna Grand Motor Sdn. Bhd. akan kendalikan jualan, pemasaran, khidmat pelangan, dan servis penjualan di sana.
Grand Motors memiliki lebih 40 tahun pengalaman dalam automotif. Mereka turut mengedarkan kenderaan berjenama KIA. Jadi, mereka juga ada pengalaman menjual EV dalam keluarga KIA seperti EV6. Selain mengedar kenderaan baru, mereka juga menjual kenderaan terpakai. Nampak seperti Grand Motors nak perluaskan penawaran EV mereka di Brunei. Ia selari dengan visi sifar pelepasan karbon yang nak dicapai Brunei menjelang 2035.
Proton e.MAS di Brunei diedarkan berasingan daripada Proton enjin petrol. Untuk info anda, Proton jenis petrol dahpun ada dalam Brunei dan sedang diedarkan oleh PAD Motors Sdn. Bhd.
Dengan kamasukan Brunei dalam senarai pasaran luar Malaysia Proton e.MAS, ia bekal menjadi pasaran luar keempat selepas Nepal, Trinidad & Tobago, dan Singapura. Nepal adalah pasaran antarabangsa pertama untuk Proton e.MAS.
Di Malaysia, keluarga Proton e.MAS yang ada buat masa ini adalah Proton e.MAS 7, e.MAS 7 PHEV, dan e.MAS 5. e.MAS 5 adalah EV paling laris setakat Mei 2026 dengan jualan lebih 9,000 unit.
Tarikh bilakan Proton e.MAS akan mula dijual masih belum diumumkan Grand Motor Sdn. Bhd. Namun begitu, persediaan sedang rancak dijalankan.

