Perodua buat kejutan buat rakyat Malaysia. Mereka umum penurunan harga Perodua Axia secara kekal. Ia jadikan harga permulaan Axia adalah bermula RM33,900 berbanding RM38,600 sebelum ini. Kereta ini memang tak pernah keluar daripada senarai top 10 kereta laku keras sejak 2014 nampaknya akan terus jadi rebutan pembeli kereta harga patut.
Perubahan harga ini agak menarik sebab Perodua baru saja lancarkan Axia generasi kedua barudalam 2023. Dan kitaran pelancaran baru Axia agak panjang yang buatkan soalan “patutkah tunggu Axia baru dilancarkan?” adalah tak releven.
Harga baru Perodua Axia (2026)
Tak termasuk Axia Rahmah (Axia E), sebanyak 4 varian Axia telah turun harga sehingga RM4,7000. Berikut adalah senarai harga baru.
| Varian | Harga Lama | Harga Baru | Pengurangan |
|---|---|---|---|
| Axia 1.0G | RM38,600 | RM33,900 | RM4,700 |
| Axia 1.0X | RM40,000 | RM38,500 | RM1,500 |
| Axia 1.0SE | RM44,000 | RM43,000 | RM1,000 |
| Axia 1.0AV | RM49,500 | RM49,000 | RM500 |
Untuk info, Perodua Axia yang ada dalam pasaran ini adalah model generasi kedua. Ia ada kod model D74A, dilancarkan dalam tahun 2023. Berbanding model pertama tahun 2014, pembaharuan yang dibawakan adalah macam:
- penggunaan platform New Global Architecture (DNGA) baharu.
- saiz lebih besar
- kekotak transmisi D-CVT yang baru
- lebih jimat petrol
- sistem keselamatan maju

Axia generasi kedua ini bukan saja nak tackle pasaran harga patut tapi dalam masa yang sama tidak meninggalkan ciri-ciri keselamatan yang patut ada pada sebuah kereta moden seperti Advanced Safety Assist, Blind Spot Monitoring, dan Lane Departure Prevention antaranya. Axia model 2014 pula dilancarkan sebagai pengganti kepada Perodua Viva dan merupakan kereta pertama Malaysia dalam kategori Energy Efficient Vehicle (EEV).
Setakat 30 Jun 2026, JPJ melaporkan sebanyak 867,328 Perodua Axia telah didaftarkan. Sekiranya trend ini berterusan, Axia mungkin akan melepasi paras 1 juta pendaftaran awal tahun 2028 untuk menyertai Perodua Myvi dan Proton Saga dalam model jutaan.

Penjelasan ringkas 4 varian Perodua Axia
Perodua Axia 1.0G – Paling mampu milik, spesifikasi permulaan
Axia 1.0G adalah varian paling mampu milik. Ia dituju untuk pengguna yang mahukan sebuah mesin 4 tayar yang bergerak daripada lokasi ke lokasi- Ia gunakan enjin 1.0L yang sama seperti lain-lain Axia dengan transmisi D-CVT. Ia dilengkapi sistem keselamatan asas seperti VSC, Traction Control, ABS dengan EBD, Brake Assist, Hill Start Assist, 2 beg udara, dan sensor parking. Harga yang rendah bermakna komitmen bulanan juga rendah, sesuai untuk anak muda yang baru mula kerja.
Perodua Axia 1.0X – Spesifikasi pertengahan, harga munasabah
Masih kekalkan enjin yang sama. Varian 1.0X berikan beberapa ciri tambahan yang memudahkan pemiliknya. Contoh, ia ada Smart Entry dengan Push Start, kolum stereng boleh ubah, sensor parking depan. Untuk tambahan RM2,600 juga pembeli dapat lampu depan LED dan 4 speaker dalam kereta.
Perodua Axia 1.0SE – Naik taraf gaya, lebih jimat petrol
Tambah RM4,000 anda dapat teknologi Eco Idle yang katanya lebih jimat petrol, daripada 25.3km/L kepada 27.4km/L. Selain jimat petrol, ia juga tambah beberapa ciri keselesaan dan naik taraf rupa. Contoh ia ada DRL LED, skirting depan dan sisi, spoiler belakang, tinted sedia terpasang, kerusi semi-bucket.
Perodua Axia 1.0AV – Flagship, ASA 3.0
Terbaik dalam kelasnya. Axia 1.0AV hampiri sempadan premium berbanding mampu milik. Masih kekal dengan komponen di 1.0SE, 1.0AV ada ASA 3.0 yang dalamnya ada Autonomous Emergency Braking, Lane Departure Warning, Lane Departure Prevention, Blind Spot Monitor, dan Rear Cross Traffic Alert. Untuk hiburan, ia ada skrin inforia 9” dan kluster pemandu digital 7”. Semuanya pada perbezaan harga RM4,500 berbanding 1.0SE.
Sumber: Perodua

