f1 sepang harga tiket.

F1 Sepang 2026 tiket harga bermula RM200?

Oleh:

Formula 1 kembali ke Litar Antarabangsa Sepang. Harga tiket 2026 Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia dikatakan sudah ada butirannya. Ramai yang kongsikan di media sosial. Namun setakat pemeriksaan kami, laman bahraingp.com masih menjalankan sesi pendaftaran minat.

Apapun, sementara menunggu, maklumat yang dikongsikan sekelompok netizen adalah konsisten. Harga termurah untuk tiket 3 hari buat pemegang MyKad adalah RM200.

Harga tiket F1 Sepang 2026 untuk pemegang MyKad

Berikut adalah senarai harga tiket F1 Sepang 2026 untuk pemegang MyKad seperti tangkap layar yang viral.

Tempat dudukHarga tiket 3 hari
Main GrandstandRM2,083.40
K1 GrandstandRM1,386
F GrandstandRM1,291.40
B HillstandRM809.60
C HillstandRM809.60
G HillstandRM200

Tiket G Hillstand adalah yang paling murah iaitu RM200 sahaja untuk sepanjang perlumbaan. Purata untuk sehari jadi lebih kurang RM67. Untuk yang paling ekstrim, harga tiket main grandstand adalah atas sikit daripada RM2,000 dengan purata sehari adalah kira-kira RM694.

Harga tiket F1 Sepang 2026 untuk orang luar

Harga tiket berbeza dikenakan kepada penonton dari luar negara. Harga yang perlu mereka bayar adalah seperti berikut.

Tempat dudukHarga tiket 3 hari
Main GrandstandUSD566.05
K1 GrandstandUSD350.13
F GrandstandUSD376.39
B HillstandUSD218.90
C HillstandUSD218.90

Kalau anda perasan, G Hillstand tidak ditawarkan kepada penonton luar. Jika benar, tentu sekali lebih ramai orang tempatan boleh menikmati perlumbaan F1, mungkin ada dalam kalangan mereka pertama kali menontonnya secara depan-depan.

F1 di Sepang selepas 9 tahun

F1 Sepang 2026 ini akan jadi perlumbaan pertama siri itu sejak 2017. Ketika itu, Max Verstappen masih muda dan masih merupakan pemenang terakhir F1 Grand Prix di negara kita. Antara info menarik adalah ia masih kekalkan nama Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix tetapi dengan pertambahan “in Malaysia” menunjukkan yang ia masih dianjurkan negara Bahrain.

Lokasi Sepang adalah strategik kerana ia seminggu selepas perlumbaan di Azerbaijan dan seminggu sebelum perlumbaan di Singapura. Ia mungkin salah satu langkah pengoptimuman penganjur daripada segi kos dan logistik.