Teksi 1 Malaysia dah baru. Proton S70 diangkat teksi rasmi. Boleh naik taraf kenderaan sedia ada atau mohon baru.

Teksi Madani: Proton S70 teksi rasmi Malaysia

Oleh:

Proton S70 telah diangkat menjadi standard teksi Malaysia menerusi Program Pembaharuan Teksi Madani Nasional. Menerusi pengumuman yang dikongsikan PMX Anwar Ibrahim, kerajaan ingin memantapkan landskap kereta sewa Malaysia untuk kekalkan persaingan dengan perkhidmatan e-hailing sedia ada.

Sedan moden untuk tugasan teksi Malaysia

Pemilihan Proton S70 oleh Kementerian Pengangkutan adalah berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya adalah keselesaan penumpang, kecekpaan bahan api, dan kesesuaiannya menjadi kenderaan komersial. Proton S70 adalah kenderaan sedan segmen C dan model terbaharu dalam penawaran Proton yang dibangun daripada platform Geely Emgrand.

Teksi 1 Malaysia dah baru. Proton S70 diangkat teksi rasmi. Boleh naik taraf kenderaan sedia ada atau mohon baru.

Pemandu teksi miliki teksi, bebas kontrak pajak

Reformasi Proton S70 menjadi teksi adalah sambungan daripada inisiatif sedia ada dalam penstrukturan semula perkhidmatan teksi Malaysia.

SPAD (kini tiada) mengumumkan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) dalam tahun 2016 yang ingin meliberalisasikan teksi selari dengan servis e-hailing yang semakin mekar pada waktu itu. Salah satu perubahan yang dibawakan adalah individu boleh memiliki teksi itu dibawah nama sendiri dan bukannya melalui sistem pajak.

Kali ini, dibawah Program Pembaharuan Teksi Madani Nasional, kerajaan ada menggerakkan Inisiatif Meremajakan Industri Teksi Bersama Proton (IMTP). Di bawah usaha ini, individu boleh membeli Proton S70 dengan bantuan institusi kewangan terpilih dan boleh mula menjana pendapatan.

Teksi 1 Malaysia dah baru. Proton S70 diangkat teksi rasmi. Boleh naik taraf kenderaan sedia ada atau mohon baru.

Insentif IMTP dan siapa boleh mohon

Peserta yang berminat untuk menyertai IMTP akan menerima pengecualian 100% untuk cukai eksais dan cukai jualan. Ini adalah sebahagian daripada Belanjawan 2026. Selain itu, kerajaan menjanjikan kemudahan pemeriksaan kenderaan oleh PUSPAKOM dan pepasangan meter teksi untuk tujuan pengiraan tambang.

IMTP terbuka kepada semua warganegara Malaysia sama ada operator teksi sedia ada yang ingin naik taraf kenderaan mereka ataupun individu baharu yang ingi mulakan perniagaan. Antara keperluan awal adalah pemohon mesti ada lesen PSV yang sah, pendaftaran SSM, kelulusan APAD, dan juga kelulusan pinjaman daripada insitusi kewangan terpilih.

Teksi 1 Malaysia dah baru. Proton S70 diangkat teksi rasmi. Boleh naik taraf kenderaan sedia ada atau mohon baru.

Harga Proton S70 di Malaysia

Maklumat harga Proton S70 IMTP tidak diumumkan. Untuk rujukan, berikut adalah harga jualan Proton S70 di Semenanjung Malaysia:

  • 1.5TD Executive: RM73,800
  • 1.5TD Premium: RM79,800
  • 1.5TD Flagship: RM89,800
  • 1.5TD Flagship X: RM94,800

Sekali lagi ditekankan yang harga jualan adalah untuk pengguna biasa. Harga sebenar Proton S70 IMTP belum mengambil kira pengecualian cukai eksais dan jualan serta lain-lain terma & syarat.

Rupa teksi Malaysia Proton S70

Selain daripada pemilihan Proton S70 sebagai teksi piawai Malaysia, rupa paras teksi Malaysia juga diperbaharui. Tiada lagi papan tanda atas bumbung kenderaan tapi digantikan dengan papan LED di bahagian dalam kenderaan. Meter mengira tambang juga menggunakan skrin inforia yang besar dan jelas kelihatan. Tiada lagi meter dengan kabel berselirat di atas dashboard. Teksi Malsyai Proton S70 juga akan gunakan nombor plat baru dengan huruf “GET”.

Sumber: RTM