Tokyo Auto Salon KL berdepan perubahan besar. Penganjur tarik diri selepas 3 tahun anjur. Edisi 2026 masih tak tentu.

Tokyo Auto Salon KL: Penganjur Tarik Diri. Edisi 2026 Targantung?

Oleh:

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) salah satu pameran automotif besar untuk niche kereta mod dan prestasi sedang alami satu perubahan besar. Pengajurnya, Element X Strategies mengesahkan yang mereka tidak perbaharui lesen penganjuran daripada empunya.

Pengumuman untuk tidak renew lesen itu juga disertai dengan hint kenapa mereka berbuat demikian. Berdasarkan siaran media, mereka katanya sedang persiapkan satu event yang “bigger, more immersive” berbanding pameran konvensional. Event itu akan gabungkan gaya hidup, hiburan, dan inovasi.

Tokyo Auto Salon KL berdepan perubahan besar. Penganjur tarik diri selepas 3 tahun anjur. Edisi 2026 masih tak tentu.

Walau bagaimanapun, butiran apa dan bila masih belum ada. Tapi jelas tunjukkan yang mereka nak cuba sesuatu yang lebih segar dan lari daripada format TASKL yang asal.

Sejarah Tokyo Auto Salon KL

TASKL versi sulung diadakan dalam tahun 2023. Ini adalah lokasi Tokyo Auto Salon pertama di luar Jepun. Edisi 2023 adalah anjuran bersama MUSE Group Asia dengan Element X Strategies. Untuk rujukan, MUSE Group Asia adalah pemegang lesen penganjuran yang mereka beli daripada San Ei Corporation, pemegang jenama Tokyo Auto Salon. Element X Strategies adalah penganjur.

TASKL edisi pertama berjaya bawa masuk dan suburkan semula culture JDM di Malaysia pasca-COVID. Pengunjung dihidangkan dengan kereta yang sarat dengan modifikasi daripada Jepun, pameran mod tempatan, demonstrasi drift, dan berbagai-bagai lagi. Lokasi penganjurannya biasanya di MITEC dan untuk edisi 2025 mereka berjaya bawakan ikon-ikon seperti Kazuhiko “Smokey” Nagata (Top Secret), Wataru Kato (Liberty Walk), Isami Amemiya (RE Amemiya), dan ramai lagi.

Pada tahun tersebut juga, pengunjung berpeluang nampak secara berdepan jentera-jentera seperti:

  • Top Secret VR32 Stealth GT-R
  • Liberty Walk Ferrari F40 widebody
  • Super Silhouette ER34
  • ALESS Toyota Century (debut di Malaysia)

Dengan ketiadaan Element X, masa depan TASKL kini berada di awang-awangan. Hal ini kerana, tiada sebarang maklumat siapa yang akan mengambil alih tugas penganjuran ataupun tahun ini tiada TASKL langsung.

Apa yang Element X cuba buat?

Itu tentang TASKL, tentang Element X pula, ada beberapa spekulasi yang boleh digarap. Antaranya adalah mereka nak “tukar angin” secara strategik untuk bangunkan jenama sendiri.

Bila ada jenama sendiri mereka tak perlu terikat dengan garis panduan yang ditetapkan pemilik jenama serta akan beroleh kebebasan mutlak pada segi penjenamaan, arah tuju jenama, dan juga nilai jangka panjang.

Lagipun, trend industri masa ini memang ke arah penganjuran event jenama sendiri. Antara yang terkenal adalah seperti Choii Motorsport, KLIMS, MotorManiac,RetroHavoc.