Denza Z9 GT rasmi dilancarkan di Malaysia. Peminat EV di Malaysia ada pilihan baru dalam segmen premium prestasi tinggi. EV ini ada tanda harga RM358,000 tampil dalam rekaan shooting brake berbanding sedan mewah ataupun sport. Ia lebih kepada Porsche Panamera Sport Turismo dalam dunia ICE.

0 ke 100km/j 2.7 saat
Ciri headline Denza Z9 GT adalah pada spesifikasi mentahnya. Model ini ada tiga motor yang gerakkan semua roda. Kombinasi tiga motor ini keluarkan sehingga 850kW (~1,140hp) dengan tork sehingga 1,210Nm yang boleh gerakkan kereta elektrik ini ke 100km/j daripada pegun dalam masa 2.7 saat. Pada angka pecutan sebegitu, ia duduk sebaris dengan Lamborghini Aventador, McLaren 650S/570S, Ferrari 488 Pista, ataupun Porsche 911 GT3.

Motor-motor elektrik tadi mereka ambil tenaga daripada Blade Battery BYD yang ada kapasiti berjumlah 122.49kWh dan boleh bawanya gerak sehingga 600km (WLTP). Ia bermakna, kereta ini bukan saja pantas, malah praktikal juga untuk kegunaan harian apabila perlu lakukan perjalanan jauh merentasi negeri tanpa perlu berhenti banyak kali untuk top-up bateri.

BYD Flash Charging, 70% dalam masa 5 minit
Selain angka-angka prestasi menggunung tinggi, model ini turut tampilkan teknologi Flash Charging terbaru yang pernak dicerita pada artikel sebelum ini. Flagship EV ini dibangunkan guna senibina 1,000V BYD yang sokong sistem pengecasan sehingga 1,500kW Flash Charging. Menggunakan pengecas yang padan, ia boleh isi daripada 10% kepada 70% dalam masa sekitar 5 minit ataupun ke 97% dalam masa 9 minit sahaja. Angka ini sangat pantas, mungkin boleh menyamai proses mengisi petrol kereta anda.

Kekurangannya adalah kelajuan itu hanya boleh dicapai di BYD Flash Charging yang masih tiada di Malaysia. Rancangan BYD Malaysia adalah untuk pasang di beberapa pusat pameran BYD dan Denza tapi tiada sebarang garis masa dikongsikan.
Crab Walk, DiSus-A air suspension, dan banyak lagi
Ada banyak lagi ciri-ciri mewah dan canggih lain pada Z9 GT. Pada sudut dinamik pemanduan, ia dilengkapi pengkemudian roda belakang yang beri radius membelok kecil untuk atasi masalah jarak gandar yang panjang pada gaya shooting brake. Untuk keselesaan, ia ada air suspension dan mode Crab Walk bagi memudahkan navigasi tempat sempit.

Di bahagian dalam, paparan inforai 17.3” ada dengan perisian Google, sistem audio Devialte, kerusi berpendingin hawa dan ciri mengurut, bumbung kaca panoramic, pengecasan wayarles untuk telefon, dan beberapa ciri lain.
Alternatif Denza Z9 GT sekitar RM350,000
Pada harga RM358,800, Denza Z9 GT ada banyak pesaing dalam banyak kategori, spesifikasi, dan gaya.
Dalam kategori sedan eksekutif, kita ada Volvo ES90 Ultra Extended Range, BMW i5 eDrive40 M Sport Pro, dan Mercedes Benza EQE 350+ Electric Art. Walaupun prestasinya tidaklah mampu saingi Z9 GT, namun ia daripada jenama “otai” dan ada auranya tersendiri disamping sokongan selepas pembelian yang terbukti.
Kalau 5 tempat duduk tak cukup untuk angkut orang, SUV elektrik boleh selesaikan masalah itu. Antara pilihan yang boleh muatkan ramai orang adalah seperti Kia EV9 GT-Line, Audio A8 e-tron, Mercedes-Benz EQE SUV, dan Mercedes-Benza EQC 400 4Matic. Untuk pilihan yang lebih kompak, EQB 350 4Matic boleh dipertimbangkan.
Pengguna dalam spektrum mewah boleh usyar Denza D9 Premium AWD, Zeekr 009 ataupun Xpeng X9 AWD yang bukan saja nampak futuristik malah boleh jadi kereta keluarga yang sesuai. MG Cyberster AWD pula sesuai untuk yang cari sesuatu yang tradisional tapi ada sentuhan moden iaitu sebuah roadster elektrik dua tempat duduk.
Sumber: Denza Malaysia

