Proton telah mulakan sesi tempahan Proton S70 RS 2027. S70 Turbo boleh anda lihat sebagai facelift dengan pembaharuan dibawakan pada rupa paras serta kelengkapan baharu dalam kabin. Menurut Proton, RS maknanya Refined Sportiness dan sebanyak RM1,000 rebat untuk penempah, sebelum 31 Mac 2027.
Proton S70 RS: Harga dan Varian
Proton S70 RS ditawarkan dalam dua varian iaitu Premium dan Sportline. Dengan itu, ada perubahan pada keseluruhan penawaran Proton S70.

Varian Executive dan Flagship X telah dikeluarkan daripada barisan untuk digantikan engan varian baharu ini dan varian yang tiada lencana RS adalah varian yang gunakan enjin NA. Ia konsep yang sama diterapkan pada cara penamaan kereta Honda.
Harga rasmi Proton S70 RS masih belum diumumkan. Tapi sebagai rujukan, S70 Turbo Premium sedia ada dijual pada harga RM79,800.
Proton S70 RS: Apa yang baru?
Papan pemuka ialah perubahan terbesar. Ia dilengkapi skrin inforia 14.6 inci dan meter digital 8.88 inci. Tombol gear digantikan dengan gear selector terus dekat column, untuk ruang tambahan pada konsol tengah untuk slot telefon dan pemegang cawan.

“Commander Dial” yang baru diguna untuk kawal volume, mode pemanduan, dan lampu dalam kabin sert abutang fizikal untuk penyaman udara kini ada. Jadinya, pengguna dah tak perlu selongkar skrin untuk kawal fungsi-fungsi dalam kabin. Kedua-dua varian RS dapat ADAS dan boleh guna Adaptive Cruise Control.

Tiada perubahan enjin dan prestasi
Di bawah bonet, tiada perubahan boleh dilihat. Ia diperkasa enjin turbo 1.5 liter menghasilkan 181 PS (179 Hp) dan 290 Nm. Enjin dipadankan dengan gearbox DCT tujuh kelajuan yang salurkan kuasa kepada roda depan. Pecutan 0-100 km/j kekal 7.5 saat.
Suspensi, saiz roda dan tayar tidak berubah, jadi Sportline hanyalah peningkatan dari segi gaya. Dengan pemilih gear di lajur stering, gearbox ini juga tidak lagi mempunyai mod manual tapi kini ia Launch Mode yang baharu dihadkan kepada 200 kali penggunaan sepanjang hayat kereta.

Harga rasmi S70 RS Disember 2026
S70 mencatat jualan 5,367 unit pada Oktober dan momentum penjualan model ini tak seperti menurun. Setakat November 2026, sebanyak lebih 62 ribu telah dijual sejak pelancarannya akhir 2023 lalu.
Jadi ini adalah waktu yang tepat untuk lancarkan varian baharu bagi menumpang populariti sedia ada untuk memacu jualan yang lebih tinggi. Soalan terakhir yang perlu dijawab adalah harganya. Setakat artikel ini ditulis, berikut adalah harga jualan Proton S70 di Malaysia:
- Proton S70 1.5 Lite – RM59,800
- Proton S70 1.5 Prime – RM62,800
- Proton S70 1.5T Premium – RM79,800
- Proton S70 1.5T Flagship – RM89,800
- Proton S70 1.5T Flagship X – RM94,800
Sumber: Proton

